Selasa, 20 Oktober 2015

Jatuh Cinta Lagi Bahagian 1

Jatuh Cinta Lagi Bahagian 1

Assalammualaikum dan selamat malam semua. Pada hari ini sudah masuk hari rabu iaitu pada tanggal 21/10/2015 bermula lah satu lagi episod penulisan aku di dalam blogger ini. Al - maklum lah sudah lama aku tak menulis dan mengarang cerita-cerita yang boleh mendatangkan perasaan kepada semua orang, termasuk lah ayam dan juga itik, hahaha.

Pada malam yang sunyi ini, iaitu tepat jam 12.05 tengah malam, aku masih tidak dapat tidur lagi walaupun mata aku sudah hampir-hampir tertutup. Namun apakan daya, hati aku masih teringatkan lagi akan peristiwa yang tak akan aku lupakan untuk beberapa masa ini. Mungkin Allah sudah temukan aku dengan jodoh aku di dunia ini, ataupun hanya sekadar ujianNya untuk aku yang masih mencari-cari lagi bakal isteri aku. 


Jatuh Cinta Lagi Bahagian

Walaupun usia aku sudah meningkat 26 tahun, tapi aku masih rasakan yang aku belum tidak mempunyai apa-apa lagi untuk melalui alam perkahwinan, walaupun sudah ramai di antara kawan-kawan aku yang sudah berkahwin.

Manusia mana yang tidak mahu berkahwin kan? hehehe. Jadi, pada malam ni aku membuat keputusan untuk menulis satu cerita mengenai diri aku yang sudah mulai jatuh cinta kepada seorang gadis yang aku kenali beberapa hari yang lepas.

Kisah Babak Pertama

Kisah ini bermula beberapa hari yang lepas semasa aku bekerja di sebuah kedai makan yang baru sahaja dibuka pada 12/10/2015. Aku akan ingat akan tarikh itu, dimana ianya telah merubah kehidupan aku yang hampir setahun aku tidak bekerja apa-apa. Namun, siapa sangka, perancangan Allah lebih baik daripada yang kita sangka.

Berkat kesabaran dan redha kepada Allah, aku yakin pasti akan ada balasan yang tidak akan disangka oleh kita. Itulah yang aku alami beberapa hari ini ... BERSAMBUNG.